kenali kulit wajah (cerita pasal kulit pulak)






hi,assalamualaikum,




semua orang mesti ada masalah dengan kulit kan...especially dengan kulit muka..tak kira perempuan atau lelaki mesti titikberatkan pasal penjagaan kulit muka..
manusia ada macam2 jenis kulit muka -->kulit normal,berminyak,berjerawat,terlalu kering, atau kombinasi

jom2,kita sama kenali kulit kita (mehmeh)
--
--

KULIT NORMAL

Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.
Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.
Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.
cara-cara penjagaan:
Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.

KULIT KERING
Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.
Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.
Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.
cara-cara penjagaan:
Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.

KULIT BERMINYAK
Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.
Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.
cara-cara penjagaan:
Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.

KULIT KOMBINASI
Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.
Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.
Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.
cara-cara penjagaan:
Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.

bagi suchi kulit suchi dikategori dalam kulit normal.tapi perlukan jugak penjagaan yang rapi sebab kulit ni kita bawak kemana2 kan..haha..so,mudah terkena radikal atau benda2 yang kotor.lagipun suchi kan kerja dalam hospital dan terlalu banyak bakteria akan ikot..yelah,dok dalam air-cond,pastu minum air pon kurang,jadi kulit jadi dehydrated :(
adalah jugak kadang jerawat seketul tumbuh..time stress pulak..stress2 banyak plak naik..gerammm..its okay,i ada jalan penyelesaian utk hapuskan jerawat tu..
pakai mask every 2 weeks
untk kecilkan pori2 dan supaya muka lebih glowing



pasal apa pegang kat dada tuh?*sakitnya tuh disni* :P

lepastuh,tarik mask yang dah kering tu..macam nih..*slow*

result will be like this..*sorry la camera saya xlawa*

mask nih penting jugak sebab kulit kita selalu exposed kat asap or udara yang kotor..we dont know right..nnt i ceritakan kebaikan mask nih..xkisah brand ape sekalipon..mahal ke murah..janji baik utk kulit :)

p/s: so gegirls sekalian,boleh la pasni belek2 kulit korang dalam kategori ape..kita nak cantik bukan tuk sape2,just for ourself kan..barulah lebih confident ..


papai,chenta <3







alahai perempuan



hi, assalamualaikum,





sebenarnyer,nak cerita pasal perempuan ni memang memang complicated kan..aku yang perempuan pon rasa "ish susahnyer jadi perempuan" macam2 kena kan..lebih lagi kalau PMS datang..korang kena la prepare dari segi mental dan fizikal.

jadi perempuan ni pelik kan..bile ada simptom2 PMS mulelah rasa macam kosong je..hati ni macam nak sedih je,biler perkara kecil pon rasa sensitive cth bile BFF/pasangan  korang tak text 'good morning dan xtegur korang satu hari, even korang taw dia busy'..eii pelik kan..haha..(macam aku je)  :P

if tanye lelaki,ape yang dorang pasal perempuan or bagi dorang buat text or kuiz,mestilah ZERO marks..even da kahwin pon,suami pon kadang pening 'pasaipa bini aku nih marah aku tibe2. period kot'..haa..see..see..laki mesti pikir yang tuh..ingat perempuan setahun ke datang bulan..tapi xboleh salah lelaki 100% lah..dh memang lumrah lelaki macam tu..seorang yang cool dan steady..perempuan nih semua perkara dia nak pikir..laki dia tersalah letak sim card  pon heboh satu kampung..haha..itulah PEREMPUAN :)

tetapi LELAKI kenalah kadang2 mengalah dan bijak contol keadaan if pasangan korang tiba2 text macam nih 
**bagi contoh jap**

P: hai, awak busy ke?
L: hai syg,xlah..tengah main COC.awak buat ape?
P: ohh..tengah text awaklah :P
saya bosanlah.
L: ohh.pergilah bace novel
P: erm..ok

okay..cukup..contoh satu je..haha..penat pikir nak bagi contoh ape :P
kalau tengoklah..si lelaki memang tengah busy main games kan..but when your girl text you like that?tolonglah fikr,she needs you..just you..not else.
bila fikir balik,maybe salah timing kot bila si perempuan text his boy bila dia busy main COC dia tuh ..geramm pulakk..oppssie!!
tapi kan..*banyak plak tapi aku nih*..boy also needs to understand his girl..bila da perempuan dah cakap 'tengah bosan'..janganlah balas something yang boleh spoilkan mood your girl..please okay..you can do it better !

lepastu,mula lah perempuan merajuk dan fikir macam2..'dia nih macam nak tak nak jelayan aku'..or 'dia da bosan kot dengan aku'..nanti ada la karangan perempuan akan cipta..haha
xpon,layan lagu sedih sambil bace novel. lagi pon..perempuan cepat rasa insecure.

macam2 'peel' kan perempuan nih..sabarlah wahai kaum adam..dah memang Allah ciptakan perempuan sebegini..mak korang pon perempuan jugak kan..kan..:)







P/s: when a girl says nothing, means everything is wrong.if nak tahu pasal lanjut pasal lelaki dan perempuan,boleh singgah blog si cantik nih..suchi pon suka sangat stalk dia nih..nameeroslan.dahla orang dia lawa..jelly2!haha..


papai,chenta..muahhh!